Media Hiburan:17-23Januari 2015
'Rindu serindu rindunya' merupakan single pertama Kumpulan Spoon didalam album pertama mereka tanpa disangka lagu sentuhan Komposer Eddie Hamid dan lirik arwah Man Toba ini menjadi hit sekelip mata.Pelbagai golongan peringkat umur turut meminati lagu berentak pop rock ini.Populariti lagu tersebut turut mengangkat Kumpulan Spoon sebagai antara kumpulan yang mempunyai ramai peminat ketika itu.(Blog KPS)
Bukan itu sahaja,lagu ini turut popular dan menjadi siulan sehingga ke negara Indonesia dan kumpulan Spoon turut merakamkan kembali 'Rindu Serindu Rindunya' dalam versi lain untuk pasaran disana..(Blog KPS)
Bagi komposer yang bertanggungjawab menghasilkan lagu ini,'Rindu Serindu Rindunya' mempunyai pengertian besar bagi dirinya sendiri.
"Lagu ini mengingatkan saya pada zaman kesusahan saya dahulu.Ketika itu saya hanya mempunyai sebuah motor kapcai buruk untuk berulang alik ke tempat kerja.Saya tidak berduit dan tidak punya apa apa.Rentak lagu ini yang mendayu-dayu juga menggambarkan rintihan isi hati hati saya yang sangat susah ketika itu.".(Blog KPS)
"Suatu hari ketika sedang menunggang motor dan berhenti di peersimpangan lampu isyarat dihadapan Hotel Dynasty di Sentul,saya mendapat ilham korus lagu ini.Ketika itu saya tidak ada perakam jadi saya cuba ingat dan simpan di kepala sehingga sampai di pejabat.Lebih kurang dua bulan selepas itu barulah saya dapat sambung keseluruhan lagu ini,Dan banyak momen yang berlaku ketika lagu ini mahu disiapkan rakamannya.".(Blog KPS)
"Sewaktu rakaman ia mengambil masa yang agak lama kerana Along biasa menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain dan itu adalah kali pertama dia nyanyikan lagu sendiri.Tetapi selepas berusaha,alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dan kami tidak menyangka lagu ini akan hit sebegitu rupa.Rakan saya saudara Annuar adalah orang banyak berkorban demi menaikkan Spoon dan kejayaan berpihak padanya.".(Blog KPS)
"Lagu ini dibeli terus dan ketika itu saya mendapat bayaran sebanyak RM 1000.Jumlah itu cukup besar bagi saya yang hidup susah ketika itu.Lagu inilah jugalah yang membuatkan nama saya dikenali dan mengubah kehidupan saya,"ujar Eddie Hamid yang turut mengakui lagu tersebut merupakan antara lagu yang menerima royalti tertinggi sehingga ke hari ini..(Blog KPS)
versi asal
Versi Indonesia
NYANYI LAGU RAKAN BAIKSelain Along Spoon,antara selebriti yang terdekat dengan lagu 'Rindu Serindu Rindunya' ini ialah Ezad Lazim.Selain menyanyikan semula lagu ini,Ezad juga mengakui ia cukup bermakna kerana lagu ini pernah dinyanyikan oleh rakan baiknya sendiri,Along..(Blog KPS)
"Lagu ini dinyanyikan dengan baik dan penuh penjiwaan oleh rakan karib yang saya kenal dari sebelum penglibatannya dalam bidang seni lagi.Bagi saya ia sangat istimewa kerana lirik lagu ini banyak mengulang perkataan rindu dan malu.".(Blog KPS)
"Saya juga mengambil masa yang lama untuk merakamkannya kerana asyik terkenang penyanyi asalnya dan lagu ini juga agak mencabar untuk dinyanyikan kerana nadanya agak tinggi dan lenggoknya amat melankolik,"kata Ezad yang mengakui lagu ini punya banyak keistimewaan bagi dirinya..(Blog KPS)
Rambut Ezad masa tu trademark ingati arwah Along
Yang ini kelainan sikit
Azlong(Adik Along)-Rindu Serindunya
Rindu Serindu Rindunya
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu